KOTA BHARU - Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ketereh, Che Hassin Isa sebak setelah sekolah itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter (meter) ketika banjir luar biasa baru-baru ini.
Riak wajah tersebut jelas kelihatan ketika beliau menceritakan pengalaman kali kedua sekolah tersebut ditenggelami air tahun ini.
Che Hassin berkata, rasa sebak dan terharu tersebut dilahirkan bagi menggambarkan kebersamaan guru dan juga ibu bapa serta komuniti termasuk Pejabat Pendidikan Negeri yang menghulurkan bantuan segera semasa banjir beberapa hari lalu.
"Bila pengawal keselamatan bagi tahu pada Jumaat lalu air sudah melimpah masuk ke dalam kelas saya terus hubungi guru-guru pada jam 6 pagi lagi.
"Saya terharu, walaupun bukan waktu persekolahan dalam masa setengah jam mereka sudah sampai di sini dan sanggup tinggalkan keluarga untuk punggah barang-barang sekolah," katanya.
Terdahulu, beliau bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Mohd Ezani Awang bergotong-royong membersihkan sekolah yang turut dibantu guru-guru.
Che Hassin berkata, sekolahnya ditenggelami banjir sejak Jumaat lalu berikutan hujan lebat dan keadaan lebih teruk memandangkan ia terletak berdekatan dengan Sungai Ketereh.
"Memang air naik dengan cepat habis 17 bilik darjah kami rosak," katanya.
Sekolah tersebut ditutup sejak Ahad lalu dan dijangka dibuka esok.
Sumber : SINAR HARIAN