RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 10 Januari 2017

Kerajaan akan memberikan sagu hati kepada Faiz - Khairy

PUTRAJAYA: Kejayaan Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas 2016 perlu menjadi inspirasi dan dorongan kepada pemain dan atlet lain untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata kejayaan pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah itu adalah satu pencapaian luar biasa dan membanggakan rakyat Malaysia. 

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa bangga di atas kejayaan Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.


 - Foto ABD RAHIM RAHMAT "Gol yang dijaringkan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai terbaik dalam dunia pada 2016, dan ini perlu menjadi dorongan kepada atlet yang lain untuk mencapai kejayaan di peringkat dunia dan bukan di negara ini sahaja," katanya ketika ditemui hari ini. 

Khairy berkata, kerajaan akan memberikan sagu hati kepada Faiz atas kejayaan bersejarah untuk negara itu. "Sagu hati itu akan diumumkan apabila saya bertemu beliau esok," katanya. 

Malah majlis sambutan akan dikendalikan Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) esok," katanya Penyerang sensasi Pulau Pinang itu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009. 

Mohd Faiz mendapat undian sebanyak 59.46 peratus bagi gol sepakan percuma ke atas Pahang ketika aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu, menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).

- BERITA HARIAN