RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 10 Januari 2017

Vida timbang sertai konsortium penaja TRW


KOTA BHARU: Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Dr Hamiza Othman sedia mempertimbangkan tawaran menyertai konsortium penaja yang ditubuhkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. 

Hamiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida menyifatkan langkah Annuar memberi peluang kepada penaja yang berminat menyertai konsortium itu adalah satu usaha positif dalam membantu KAFA yang berdepan krisis kewangan. 

"Saya perlu meneliti terlebih dulu terma dan syarat yang ditetapkan untuk menentukan sama ada bersetuju atau sebaliknya menyertai konsortium ini. 

"Saya percaya faktor utama yang menarik minat penaja adalah di dorong sumbangan Annuar membangunkan bola sepak negeri dan kejayaan melonjakkan nama The Red Wariors (TRW) sepanjang tempoh beliau menjadi Presiden KAFA. 

"Bagaimanapun, saya tetap dengan pendirian menangguhkan sementara penajaan kepada KAFA sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. 

"Ketiadaan Vida Beauty memberi laluan kepada individu atau syarikat lain yang berminat menjadi penaja utama, malah RedONE dan Al Hamra dilihat mampu memberi suntikan dana kewangan kepada KAFA," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

BH sebelum ini melaporkan, Vida Beauty Sdn Bhd berhasrat menarik diri daripada menaja TRW dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017.

SUMBER : BERITA HARIAN