Pelancaran telefon pintar baharu tersebut adalah yang pertama kali sejak 2014 apabila Nokia Oyj memi­lih untuk menjual unit telefon bimbitnya kepada Microsoft.
Menurut HMD Global, peranti baharu yang dikenali sebagai Nokia 6 akan dikuasakan dengan platform Android dan dikeluarkan oleh Foxconn serta dijual secara eksklusif di China melalui peruncit atas talian, JD.com.
“Keputusan HMD untuk melancarkan telefon pintar pertama Android ke China adalah menunjukkan keinginan untuk memenuhi keperluan dunia sebenar bagi pengguna dalam pasaran yang berbeza di seluruh dunia. Ia merupakan pasaran yang strategik yang penting,” katanya
Nokia suatu ketika dahulu merupakan pembuat telefon bimbit yang dominan di dunia tetapi terlepas peralihan kepada telefon pintar dan kemudian memilih sistem operasi Microsoft Windows untuk rangkai­an ‘Lumia’.
Selepas 2014, Microsoft terus menjual telefon asas pada harga rendah di bawah jenama dan telefon pintar Lumia di bawah namanya sendiri, tetapi pada tahun lepas, syarikat itu mening­galkan sebahagian besar ke­dua-dua perniagaan tersebut.
HMD Global pada Disember mengambil alih perniagaan bercirikan telefon Nokia dan menandatanga­ni perjanjian pelesenan yang menjadikannya pengguna tunggal jenama Nokia pada semua telefon dan tablet untuk sedekad akan datang.
Tambahnya, HMD Global akan membayar royalti kepada Nokia untuk jenama dan paten, tetapi Nokia tidak mempunyai pelaburan langsung dalam syarikat itu.
Nokia Oyj kini memberi tumpuan kepada perniagaan peralatan dan teknologi paten rangkaian telekomunikasi.
Sementara itu, HMD Glonal sebelum ini melancarkan beberapa tele­fon asas Nokia baharu bulan le-pas dan mereka juga merancang untuk melancarkan lebih banyak produk baharu pada separuh pertama tahun ini. – REUTERS.

SUMBER : UTUSAN