RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 9 Januari 2017

Ghaddar is Back, Rundingan pemain import selesai - Tan Sri Annuar Musa






KOTA BHARU 9 Jan. - Penaja utama The Red Warriors (TRW) musim 2017 Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rundingan dan terma kontrak barisan pemain import pasukan itu bersama kelab lama mereka sudahpun selesai. 

Tiga pemain tersebut ialah Cedric Djeugoue dan Okikiola Afolabi dari Cameroon serta Mohammad Ghaddar yang merupakan bekas pemain import TRW musim 2012 dan 2014. 

Annuar berkata, bagaimanapun pemain berkenaan perlu memenuhi tiga syarat sebelum boleh beraksi bersama Kelantan untuk musim ini. 

“Saya dan redOne bersedia bawa mereka dengan syarat iaitu persetujui oleh ketua jurulatih, Zahasmi Ismail iaitu wajib lulus ujian kecergasan dan ujian kesihatan,” katanya menerusi entri laman sosial facebook miliknya hari ini. 

Annuar memberitahu, ketiga-tiga pemain itu sudah dijemput untuk menjalani ujian dan dinilai oleh Zahasmi. Katanya, sekiranya gagal beliau mempunyai enam lagi calon untuk dipilih oleh barisan jurulatih. 

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Kelantan semakin hampir mendapatkan pemain Piala Dunia Cameroon, Cedric Djeugoue dan rakan senegaranya, Okikiola Afolabi dalam usaha memperkemaskan pasukan ituvbagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini 

SUMBER : UTUSAN ONLINE.