RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 30 Disember 2015

TRW PERKENAL SISTEM POTONGAN GAJI

trw-perkenal-sistem-potongan-gaji
Kelantan akan menggunakan kaedah amaran dan pemotongan gaji sehingga 30 peratus termasuk penyingkiran terhadap pemain yang gagal mencapai prestasi yang diharapkan.
Pendekatan itu diperkenalkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai langkah agar pemain mempamerkan aksi konsisten dalam kempen Liga Malaysia 2016. 

Terang beliau, pemain yang gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan diberi amaran pertama dan diberi tempoh sebulan untuk mencapai prestasi yang ditetapkan meliputi pemain lama dan baru. 

"Jika masih gagal, kita akan beri notis amaran kedua dan seterusnya amaran ketika jika mempamerkan prestasi sama. Pada masa yang sama, kami akan mengambil tindakan memotong gaji 10 peratus dan jika masih tidak berubah prestasinya, potongan itu bertambah kepada 20 peratus dan terakhir 30 peratus. 

"Akhir sekali, pemain itu bakal berdepan dengan penyingkiran jika terus gagal menyerlah dan bagi memastikan itu terlaksana, kami akan selalu menyemak buku  laporan prestasi yang disediakan ketua jurulatih, K Devan," katanya dalam akhbar Harian Metro hari ini.