RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 30 Disember 2015

HASIL JUALAN JERSI BURIRAM UNITED MENCECAH RM30 JUTA BAGI TAHUN 2015

1400+406 Cover web
Menurut sebuah laman web bola sepak Thailand, juara Thai Premier League (TPL) 2015, Buriram United, telah berjaya menjual hampir 460,000 helai jersi pada musim 2015 sahaja yang dianggarkan bernilai sekitar THB250 juta (RM29 juta ).
Buriram United, juara 5 piala domestik Thailand juga mendedahkan jumlah diatas tidak termasuk hasil jualan dari barangan rasmi kelab yang lain. Jika dilihat dari laman web rasmi Buriram United Megastore, sehelai jersi ‘home’ adalah berharga sekitar THB599 (RM70).
เสื้อบุรีรัมย์-2015-1024x682
Daripada pendapatan kelab yang cukup besar dari pelbagai cabang perniagaan yang dijalankan, ia akan dapat membantu Buriram United mengukuhkan sumber kewangan mereka dan menyumbang kepada pelaburan kelab mendapatkan pemain import berkualiti bagi persiapan saingan AFC Champions League 2016.
‘The Thunder Castle’ itu juga sudah melancarkan jersi baru pasukan musim 2016 dan telah digunakan dalam perlawanan di Kejohanan Mekong Cup minggu lalu. Jersi utama Buriram masih mengekalkan warna tradisi mereka, ‘Dark Blue’, dengan 4 bintang disulam pada kolar.
10300696_889318971188046_7527391273923952743_n
1477401_892898454163431_3649162139275245331_n
Nota (dari atas ke bawah ):
  1. Bahagian belakang kolar: Emblem Buriram United – The Thunder Castle bersama bendera Thailand.
  2. Bahagian depan kolar: 4 bintang disulam bagi menandakan kejuaraan Thai Premier League yang telah dimenangi sejak 2011 sebanyak 4 kali dalam 6 musim.
  3. Logo Penaja: Huruf ‘Metallic Silver Blue’
  4. Material: 100% Polyester Fiber yang tidak mudah meninggalkan kesan lipatan, serta tahan regang dan kecut. Polyester juga membantu menghilangkan peluh dari badan serta menjadikan badan lebih sejuk dan kering bagi keselesaan. Disamping itu jersi ini juga adalah dari jenis  ‘quick dry’ dan memiliki ketahanan warna yang lama.
Pihak kelab itu juga berkeyakinan tinggi untuk mencapai sasaran mereka bagi menjual lebih daripada 500,000 helai jersi pada musim baru yang akan datang.