RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 30 Disember 2015

FAM DENDA 5 PASUKAN BERJUMLAH RM54,500

fam-denda-5-pasukan-berjumlah-rm54500
Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu, Perak, Kedah dan Selangor antara lima pasukan Liga Malaysia yang dikenakan denda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kelakuan penyokong masing-masing yang mencetuskan beberapa insiden buruk tahun ini.
Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FAM, kesemua pasukan tersebut didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan 'Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’.
Perak dan Kedah dikenakan denda paling berat iaitu RM 15,000 bagi setiap pasukan atas kesalahan berulang. Pada 5 November, penyokong Perak membakar mercun ketika peralawanan Piala Malaysia antara Perak dan JDT, manakala penyokong Kedah melontar botol air minuman dan suar ke dalam padang ketika perlawanan Piala Malaysia antara Kedah dan Felda United pada 2 Disember lalu.

Denda sebanyak RM12,000 dikenakan kepada Terengganu  ketika penyokong mereka membakar suar dan membakar mercun selepas perlawnan Terengganu dan LionsXII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 4 November 2015.

Tindakan penyokong pasukan Selangor menceroboh masuk ke dalam padang permainan selepas wisel penamat ketika Selangor menentang Pahang di Stadium Shah Alam pada 6 Disember 2015 dikenakan denda RM7,500.

Bagi saingan Liga Super, JDT dikenakan denda sebanyak RM5,000 ketika penyokong pasukan itu menceroboh masuk ke dalam padang selepas perlawanan antara JDT dan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 22 Ogos 2015.