RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 11 Julai 2017

Vingada Pening Kepala Pilih Penyerang Tempatan Dan Inilah Sebabnya

Image result for vingada malaysia
KUALA LUMPUR: Kekurangan pemain berkualiti tempatan di posisi penyerang bagi menyarung jersi Harimau Malaya kembali dibangkitkan ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada.
Vingada berkata, selepas dia menyaksikan sendiri beberapa aksi Liga Malaysia selepas kurang dua bulan mengambil alih skuad kebangsaan, situasi itu boleh dianggap ‘memeningkan kepalanya’ terutama dengan kebanyakan pasukan cenderung menurunkan penyerang import.
Katanya, Malaysia mempunyai pemain yang berkualiti di posisi lain kecuali serangan, hingga pilihannya untuk mencari penggegar gawang lawan agak terhad, terutama bagi persiapan menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong, September ini.
“Ketika ini, saya boleh katakan selepas melihat beberapa perlawanan (Liga M), kami masih mencari pemain di posisi penyerang. 

“Ini kerana seperti yang kamu tahu, setiap perlawanan yang kami lihat sehingga kini, pasukan kebiasaannya menggunakan pemain import bagi posisi berkenaan.
“Bagi posisi lain, ia agak senang. Jadi kami juga sedang menyiasat untuk mencari pemain yang memiliki pasport Malaysia, sama ada mereka boleh dan berminat untuk bermain dengan Malaysia,” katanya pada sidang media bulanan pasukan kebangsaan, hari ini.
Ketika ini, skuad Harimau Selatan mengharapkan ketajaman penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri, selain dua pemain berstatus veteran iaitu Safee Sali dan Amri Yahyah. Begitupun, pilihannya kian sempit apabila Safee yang beraksi bersama PKNS FC mengalami kecederaan dan dikatakan memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.
Sumber: Berita Harian