RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 12 Julai 2017

FMLLP Tidak Terima Lagi Rayuan KAFA Mengenai Seydi Imam


PETALING JAYA: Meskipun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berjaya melengkapkan semua dokumen diperlukan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Seydi L Imam tetap tidak boleh didaftarkan sebagai pemain baharu pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata isu perpindahan Seydi dianggap selesai dan keputusan rayuan Kafa sebelum ini sudah dimuktamadkan.

"Pendaftaran Seydi telah pun dipertimbangkan melalui rayuan Kafa dan keputusan sudah dibuat lembaga pengarah FMLLP. Jadi kita anggap isu ini sudah ditutup.

"Sebarang rayuan daripada Kafa mengenai isu perpindahan Seydi tidak akan diterima selepas ini. Kita minta mereka supaya jangan panjangkan lagi isu yang kita anggap sudah selesai," katanya kepada mStar Online.

Jelas Kevin, tindakan Kafa melengkapkan segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran pasukan sebelum 31 Oktober ini sebaliknya akan menyelamatkan skuad pantai timur itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

"Saya ingin jelaskan di sini, jika segala tuntutan FLMMP berjaya dipenuhi, Kafa akan mengelak daripada dikenakan tindakan selanjutnya.

"Dan ia sebenarnya bukan syarat untuk membenarkan Seydi didaftarkan sebagai pemain pasukan itu. Keputusan tetap sama kerana Kelantan tertakluk kepada sekatan perpindahan pemain baharu," katanya.

Sebelum ini, penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa melontarkan pertanyaan kepada FMLLP sama ada pendaftaran Seydi akan diluluskan jika mereka berjaya melunaskan tunggakan gaji, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) , Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso sebagaimana dituntut badan pentadbir Liga Malaysia itu.

"Biar jelas!!! Kalau itu benar kami rakyat Kelantan akan usahakan Insyallah. Give up tak ada dalam istilah kamus kami anak Kelantan," kata Annuar.

FMLLP dalam satu kenyataan pada 18 Jun lalu mengesahkan rayuan Kelantan bagi mendaftarkan pemain kelahiran Perancis itu ditolak kerana pasukan tersebut masih terikat dengan sekatan perpindahan yang dikenakan.

"Sekatan perpindahan yang dikenakan kepada pasukan Kelantan akan tetap berkuat kuasa dan perpindahan ini tidak dibenarkan kerana Kafa masih gagal mematuhi kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran untuk memansuhkan sekatan ini.

"FMLLP juga tidak dapat memberikan kelulusan budi bicara ke atas permintaan Kafa atas sebab perpindahan ini tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pihak KAFA," katanya.

Skuad The Red Warrior (TRW) berhasrat untuk membawa masuk Seydi bagi menggantikan pemain kelahiran Brazil, Alessandro Celin yang masih bergelut dengan kecederaan.
Keputusan tersebut sekali gus mengundang masalah kepada Kelantan yang mendakwa sudah menandatangani kontrak bersama penyerang 31 tahun itu.

Sumber : MSTAR