RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

Penyokong Indonesia Berang Mengenai Keputusan Undian Kumpulan Sukan SEA 2017


RESPON PENYOKONG INDONESIA BERANG MENGENAI
KEPUTUSAN UNDIAN KUMPULAN SUKAN SEA 2017

Respon Penyokong Bolasepak Indonesia Berang dan tidak berpuas hati dengan Keputusan Undian Kumpulan dalam acara sukan Ibu Emas iaitu Bolasepak untuk edisi Sukan Sea 2017 yang dikeluarkan baru-baru ini.

'Tiada Harapan, Kumpulan Neraka' itulah kata-kata penyokong bolasepak indonesia apabila mengetahui Timnas Indonesia berada di dalam kumpulan B.

Sebahagian daripada penyokong Indonesia meluahkan perasaan tidak puas hati melalui di media sosial facebook kerana pasukan Indonesia mendapat undian dalam Kumpulan B atau dikenali Kumpulan 'Neraka' dipanggil penyokong Indonesia kerana berada satu kumpulan dengan pasukan hebat seperti Thailand (Juara Edisi lalu), Vietnam (No.3 Edisi lalu), Filipina, Kemboja dan Timor Leste.

Penyokong Indonesia juga bidas seolah-olah Malaysia mendapat layanan istimewa sebagai tuan rumah dan berat sebelah apabila Malaysia dapat berada di dalam kumpulan A iaitu kumpulan yang lebih mudah berbanding kumpulan B.

Penyokong Indonesia mendakwa Malaysia mempunyai peluang lebih cerah untuk layak ke suku akhir kerana kumpulan A hanya Myanmar sahaja yang mampu mengugat Malaysia dalam kumpulan tersebut dan pada edisi lalu iaitu Sukan Sea 2015, perjuangan Malaysia hanya setakat di peringkat kumpulan sahaja.

Inilah antara komen penyokong bolasepak Indonesia :

"Group A malaysia mudah anggap myanmar kuat, dua pasukan ini sudah dapat 6 mata dari singapura dan brunei, 1 point draw dari laos total point 7, Group B sadis Indonesia berharap boleh dapatkan mata dari kemboja dan timor leste iaitu 6 mata, antara vietman, thailand & filipina mungkin filipina boleh curi 1 mata seri jadi total 7 mata namun match vietman dan filipina harus raih minimal 1point" - Jimmy Chandra

"Kurang ajar ni Malaysia mentang-mentang dia tuan rumah buat aturan sendiri, semoga bisa menjadi senjata makan tuan memilih group ringan tetapi nga lolos karena ternyata Brunei Darussalam Singapura dan Laos bs ngalahin mereka" - Marco Suadi Putra

"Tradisi kalau indonesia satu group sama thailand. Biasanya bakal ketemu di final" - Luluk Ell Zetas

"Tidak ada harapan, fix!!!" - Rekha Adji Pratama

"Group neraka gimana, emang tim yang bertanding segitu dan dibagi dua." - Surajap Ade Putra

"Indonesia bertemu dengan group maut sedangkan malaysia sebagai tuan rumah bertemu dengan group sayur bayem" - Jalal 

"Malaysia enak banget, bebas memilih group mana, pilih yg mudah lah, cuma 5 tim lagi, SEA GAMES terkonyol seumur hidup inilah dia" - Indra Lesmana

"Thailand, Vietnam, Filipina. Optimis aja bro, setidaknya kalau bisa lolos, lawan kita di semifinal bakalan lebih mudah" - M Rio

Foto Goal Indonesia.
Gambar : GOAL.COM

Namun Malaysia telah menggunakan sistem undian kumpulan sama seperti edisi yang lalu supaya berlaku adil sekaligus dapat memuaskan hati semua pihak tetapi tetap ada pihak tidak berpuas hati.