RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

'Kelab Besar Seperti Barcelona dan Chelsea pernah Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain' - Admin FMLLP


HENTIKAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN

Kelab-kelab besar antarabangsa seperti Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Chelsea, Blackburn Rovers, Leeds United, Nottingham Forest, Portsmouth, AS Roma, Glasgow Rangers, Port Vale, Watford dan banyak lagi pernah dikenakan sekatan perpindahan pemain atas pelbagai sebab. Ini bukanlah fenomena baru dalam bolasepak.

Perbelanjaan pasukan dan kegagalan mereka untuk memenuhi obligasi bukanlah kesalahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Football Malaysia LLP (FMLLP) dengan pengurusan pasukan yang menentukan berapa jumlah dibelanjakan dan bila mereka gagal itu bukanlah kesalahan pihak lain.

Kenyataan bahawa Kelantan akan jatuh ke Liga Premier disebabkan kegagalan pengurusan menggantikan seorang pemain import agak menidakkan kekuatan tradisi pasukan Kelantan yang berupa semangat berpasukan, penyokong yang tegar dan komitmen dari semua pemegang taruh yang terlibat dalam bolasepak Kelantan. 

Kekuatan pasukan Kelantan ini masih kekal dan tetap dihormati oleh semua yang terlibat di dalam bolasepak Malaysia. 

Kami berharap ianya berterusan dan pasukan Kelantan akan terus menjadi pasukan gergasi di dalam kancah bolasepak Malaysia.

---------
THE BLAME GAME MUST END

Internationally clubs as big as Barcelona, Real Madrid, Athletico Madrid, Chelsea, Blackburn Rovers, Leeds United, Nottingham Forest, Portsmouth, AS Roma, Glasgow Rangers, Port Vale, Watford and many more have experienced transfer bans/restrictions for various reasons. This is not a new phenomenon in football.

The expenses of a team and their failure to meet their obligations is not the fault of FAM or FMLLP as only the team management decides how much they spend and when they fail it is not someone else's fault.


The suggestion that Kelantan will be relegated due to the inability of the team management to replace one player undermines the fact that Kelantan's strength has always been in their team spirit, die hard fans and commitment from all stakeholders involved in kelantan football. 

These strengths still remain and remain respected by all involved with Malaysian football. We hope this continues and kelantan continues to be a force in Malaysian football.

Sumber : FMLLP