RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

Gonzales Dedahkan Punca Kekalahan Pasukan Kepada Melaka United Semalam.


Pengarah Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales akur dengan kekalahan 0-3 The Red Warriors (TRW) kepada Melaka United,  dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia, di Stadium Hang Jebat, malam semalam.

“Memulakan aksi dengan kurang menyakinkan dan TRW dihukum dengan kesilapan yang membolehkan Melaka United mendapat gol pertama. 


"Apabila kami mula menguasai permainan, barisan penyerang membazirkan empat atau lima peluang untuk menjaringkan gol.

“Ketika asyik menyerang, Melaka United pula berjaya dapatkan gol kedua melalui rembatan dari luar kawasan penalti,”
katanya.

Gonzales,  yang juga pengurus pasukan TRW meminta semua pemain TRW memberi fokus sepenuhnya terhadap permainan di atas padang kerana sedikit sahaja kelekaan pasti membawa padah. 

“Apa yang berlaku dalam separuh masa kedua ialah kita cuba mendominasi permainan bagi mencari gol penyamaan.  


"Malangnya, akibat kelekaan,  Melaka United melalui satu serangan balas berjaya menjaringkan gol ketiga. Kami jelas kehilangan penguasaan bola dan fokus pemain juga merosot,” katanya.

Sementara itu, turun dengan hajat untuk membawa balik tiga mata penuh bagi memberi cabaran kepada pendahulu Kumpulan C, Kedah, TRW dikejutkan dengan gol pantas hasil kesilapan penjaga gol mudanya, Mohd Ramadhan Abd. Hamid yang gagal menyepak kemas hantaran jauh dan diambil kesempatan penyerang import Melaka United, Marco Simis  minit ke-20.

Lapan minit kemudian, Melaka United terus di depan hasil jaringan R Surendran yang berjaya melambungkan bola untuk memerangkap pergerakan Ramadhan bagi  jaringan kedua tuan rumah.

Dalam babak kedua, bekas pemain Pahang, Muhammad Fauzi Roslan berjaya menjaringkan gol ketiga skuad Hang Tuah pada minit ke- 48, sekaligus memberi mata penuh kepada skuad kendalian, Eduardo Almeida.
 
Kekalahan ini menyaksikan saingan lebih terbuka dalam Kumpulan C apabila TRW dan Melaka berkongsi tiga mata manakala pasukan pilihan, Kedah kekal sebagai pendahulu dengan enam mata. UiTM FC kekal di tangga terakhir tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan setakat ini.


Sumber : STADIUM ASTRO