RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 25 Julai 2017

KEDAH TIDAK MAHU BUAT KESILAPAN DI HALAMAN SENDIRI


ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff mahu anak buahnya waspada dengan kunjungan Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.
Peringatan itu dilontarkan secara serius memandangkan Kelantan pernah menewaskan skuadnya 3-1 di Kota Bharu, sebelum ini.
Walaupun berjaya bangkit dengan semangat baharu apabila membenam Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu, beliau mahu pemainnya kekal fokus mengelak kesilapan mudah yang boleh merugikan peluang mengutip mata penuh apabila beraksi di laman sendiri kali ini.
"Untuk aksi bertemu Kelantan kali ini, kita tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang boleh merugikan peluang mengutip mata penuh, lebih-lebih lagi apabila beraksi di gelanggang sendiri."
"Akram Mahinan yang digantung dua perlawanan sebelum ini, boleh kembali beraksi dan dengan adanya pemain Bawah 22 yang pulang ke pangkuan pasukan, ia juga membuka sedikit ruang untuk saya membuat strategi terbaik.
"Kepulangan Amirul Hisyam, Ariff Farhan, Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal dan Akhyar Rashid akan menambahkan lagi semangat pemain lain yang turut berbangga dengan pencapaian mereka.
"Persaingan merebut tempat kedua carta kembali sengit kerana tiga pasukan iaitu Pahang, Selangor dan Perak mengekori rapat Kedah yang kini mengumpul 31 mata," kata Nidzam.
Semangat yang diperoleh selepas kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang minggu lalu, katanya, harus diteruskan untuk memastikan satu lagi kemenangan, seterusnya mengukuhkan kedudukan Kedah di belakang JDT.
Sumber : BERITA HARIAN