RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 24 Julai 2017

TMJ 'minum kopi' bersama Dollah

PERTEMUAN antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Dollah Salleh dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, malam tadi,- Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Gambar pertemuan antara Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang disiarkan dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, malam tadi jelas mencuri tumpuan.
"Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh," menurut kapsyen pada gambar yang dimuatnaik.
Menariknya, pertemuan antara kedua-duanya itu kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.
Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Sumber : BERITA HARIAN