RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 25 Julai 2017

ZAHASMI BIMBANG KEBANGKITAN KEDAH KERANA MAHU TEBUS KEKALAHAN

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail bimbang dengan kebangkitan ditunjukkan Kedah yang mampu menyekat peluang The Red Warriors (TRW) mengutip tiga mata di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.
Katanya, kerisauan itu dirasai selepas Kedah juga memburu kemenangan bagi menutup cerita kekalahan 3-1 pasukan itu dalam pertembungan aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Kota Bharu, baru-baru ini.
"Saya bimbang peluang Kelantan untuk mengutip tiga mata di tempat lawan disekat pemain Kedah malam esok kerana mereka juga mahu menang untuk menebus kekalahan lalu.
"Bagaimanapun itu tidak boleh dijadikan alasan, sebaliknya saya pesan kepada pemain supaya bekerja keras malam esok bagi meneruskan hasrat untuk menang dan saya yakin pemain mampu buat yang terbaik," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kelantan yang menduduki tangga kesembilan Liga Super ketika ini perlu bergelut untuk mengelakkan diri daripada kekalahan kerana begitu hampir dengan zon bahaya tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan.
"Saya percaya Kelantan masih berpeluang bagi mengelakkan diri jatuh ke Liga Perdana dan bagi menyelamatkannya, kami perlu menang dalam dua atau tiga perlawanan lagi.
"Walaupun masa dilihat semakin suntuk, saya percaya Kelantan masih boleh bangkit dan kekal sebagai antara pencabar dalam Liga Super musim depan.
"Apa yang penting, pemain perlu fokus dalam setiap perlawanan, selain memberikan aksi terbaik demi pasukan," katanya.
Sumber : BERITA HARIANOleh Attirmidzie Rahman ; bhsukan@bh.com.my