RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 21 Julai 2017

Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA


KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mahu penyokong memberikan sedikit masa kepadanya untuk membaik pulih semula pasukan itu yang dibelenggu prestasi hambar ketika di bawah kendalian pengarah teknikal, Alfredo Gonzales.
Zahasmi berkata, beliau akan menggunakan segala pengalaman untuk mengembalikan semula prestasi pasukan bagi memastikan The Red Warriors (TRW) terus kekal pada Liga Super musim depan.
“Fokus saya ketika ini adalah membuat penambaikan kepada kelemahan yang ada pada pasukan. Saya tidak akan mudah mengalah dan percaya para pemain Kelantan mampu kembali ke landasan sebenar,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tekad membuktikan keupayaan untuk mengembalikan maruah pasukan selepas diberikan semula mandat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Sementara itu, penyokong TRW pastinya gembira apabila KAFA melakukan rombakan apabila mengarahkan Gonzales untuk kembali ke tugas asalnya sebagai pengarah teknikal.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, rombakan yang berkuat kuasa serta-merta itu mengambil kira pandangan penaja utama TRW, Tan Sri Annuar Musa serta penyokong.
Menurutnya, KAFA memberikan kepercayaan penuh kepada Zahasmi untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Gonzales tidak akan lagi terlibat dalam hal berkaitan de­ngan percaturan taktikal pasukan selepas ini.
“KAFA juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengurus baharu menggantikan Datuk Rosmadi Ismail,” katanya.

Sumber : KOSMO
Hakcipta terpelihara