RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 21 Julai 2017

AFC Terima Rayuan Kurangkan Hukuman Farizal Marlias

Image result for farizal marlias

PENJAGA gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias kini boleh menarik nafas lega selepas konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerima rayuan untuk mengurangkan hukuman penggantungannya.

AFC melalui satu kenyataan semalam mengesahkan, tempoh penggantungan setahun pemain itu dikurangkan selama empat bulan menjadikan beliau hanya digantung lapan bulan.

Ini membolehkan Farizal kembali menyarung jersi Harimau Selatan pada Februari 2018 berbanding hukuman asal yang sepatutnya tamat pada Jun 2018.

Bagaimanapun, tempoh empat bulan yang dikurangkan itu akan menjadi tempoh percubaan untuk beliau, dan jika didapati beliau melakukan sebarang kelakuan ganas dalam tempoh itu, hukuman pengurangan itu ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Farizal berdepan hukuman itu berikutan kelakuan ganasnya terhadap pengadil perlawanan ketika bertemu Ceres Negros pada aksi separuh akhir Piala AFC, Mei lalu.

Sumber : SINAR HARIAN