NUR QISTINA DAMIA
NUR QISTINA DAMIA
Perkara tersebut hanya diketahui oleh Muhammad Asram Othman, 34, dan isteri, Aniyatul Akma Abdul Manan, 31, selepas menghadapi masalah untuk mendaftarkan anak mereka, Nur Qistina Damia, 6, ke tahun satu di sebuah sekolah di sini.

Malah, lebih mengejutkan apabila pasangan itu mendakwa turut dituduh memalsukan kematian anak mereka disebabkan sijil kematian telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendataran Negara (JPN).

Selepas mem­bu­at laporan polis, JPN me­mak­lumkan, berla­ku ke­sila­pan di HPM mendaftarkan ka­nak-kanak itu me­ning­gal dunia pada 3 Jun 2012.

Aniyatul Akma berkata, mereka mengetahui hal itu se­le­pas dihubu­ngi pihak sekolah eko­ran kegagalan mendaftar anak kedua daripada lima beradik itu dalam sistem kemasukan tahun satu 2018.

“Mengikut rekod diterima pihak sekolah, Nur Qistina Damia telah meninggal dunia dan sijil kematian telah dikeluarkan oleh JPN.

“Bagi mendapatkan pengesahan, saya dan suami telah ke JPN Kelantan untuk membuat semakan.

“Rekod mendapati Nur Qistina Damia sudah meninggal dunia, laporan kematian dikeluarkan HPM. Kami dipanggil beri keterangan atas dakwaan memalsukan kematian,” katanya kepada pemberita di Kampung Lemal di sini hari ini.

Tambahnya, JPN memaklumkan, laporan polis me­ngenai kematian anak saya dibuat di Gua Musang.
“Saya pelik, bagaimana kami dituduh palsukan kematian. Untuk apa? Anak kami tiada insurans nyawa atau apa-apa yang boleh menguntungkan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPN negeri, Asrehan Ab. Razak ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, siasatan mendapati pihak HPM mela­kukan kesilapan dalam hal tersebut.
“Kita akan memanggil keluarga berkenaan dan pembatalan sijil kematian itu akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya.