RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 12 Julai 2017

Durakovic Hairan Lima Pemain Lawan Baring Atas Padang



Sembilan kad kuning dan satu kad merah menceritakan betapa panas perlawanan semalam namun Perak gagal mengambil kesempatan menentang 10 pemain dan kesudahannya tewas 1-0 dalam aksi Liga Super di Ipoh, malam tadi.

Walaupun The Bos Gaurus menguasai 58 peratus perlawanan dengan jumlah percubaan ke pintu gol sebanyak 20 kali berbanding Selangor hanya tujuh, skuad kendalian Mehmet Durakovic ini tampak sukar memasukkan bola ke jaring.

"Satu kesilapan, satu gol Forkey Doe, kami tewas. Nampaknya ini bukan malam kami," kata Durakovic.

"Secara jujur kami menguasai perlawanan dan banyak peluang terhidang. Cuma, pemain gagal membuat penyudah. 

"Itu seperti satu petanda apabila kami gagal melakukan jaringan pada awal separuh masa pertama walaupun melakukan serangan bertali arus dan mempunyai beberapa peluang terbuka.

"Kadang-kala bola sepak boleh menjadi kejam. Kita kena akui hakikat itu."


Menyentuh gelagat pemain Selangor yang kerap membuang masa, Durakovic berkata, "Apa awak rasa? Jawapannya pasti orang tahu kerana ia ditayangkan secara langsung di kaca televisyen.

"Bagaimana pemain boleh terbaring dengan begitu sahaja? Kalau satu, masuk akal juga tapi kalau lima pemain?

"Terpulang kepada pengadil kerana saya tidak ada kuasa."


Durakovic juga mengingatkan semangatnya dan pasukan tidak akan luntur disebabkan perlawanan malam tadi.

"Saya tidak akan berputus asa. Malam yang penuh emosi menentang pasukan yang pernah saya bimbing (Selangor)."


Sumber Penuh : STADIUM ASTRO