RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 12 Jun 2017

Status Seydi Akan Diketahui Dua Hari Lagi


Status pemain import baru Kelantan, L´Imam Seydi hanya akan diketahui dua hari lagi iaitu pada mesyuarat kongres pertama Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang akan diadakan di Johor Bahru.

Kelantan menjadi satu-satunya pasukan belum mendapat pengesahan FMLLP berhubung status pemain importnya, Seydi selepas jendela perpindahan kedua pemain ditutup,
semalam.

Semuanya kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menyelesaikan beberapa dokumen yang diperlukan termasuk Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Kevin bagaimanapun yakin Kelantan berpeluang cerah mendaftarkan pemain import dari Perancis itu sebagai pengganti Alessandro Celin yang digugurkan. 

"Kami telah menerima makluman bahawa pendaftaran Seydi telah dilakukan, tetapi kami perlu membuat pengesahan dalam mesyuarat dalam tempoh dua hari lagi," kata Kevin.

Mengenai statistik perpindahan kedua pemain, Kevin menjelaskan seramai lima pemain import berpindah antara pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Peraturan yang kali pertama diperkenalkan musim ini memberikan manfaat kepada pasukan terutama soal penjimatan kos serta mengurangkan risiko potensi import yang tidak
menjadi.

"Ini merupakan satu perkara yang harus dilakukan lebih banyak lagi di masa akan datang kerana ia memberikan manfaat kepada pasukan."


Sumber : STADIUM ASTRO