RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 12 Jun 2017

Penjelasan Jurulatih Lubnan FA Kenapa Ghaddar Disingkirkan




Sebelum ini Pada 1 Jun 2017, Menurut laman web falebanon.com, Jurulatih Lebanon, Miudrag Radulovic membuat keputusan menggugurkan Ghaddar selepas timbul masalah isu Kapten di antara Ghaddar dengan staff kejurulatihan Lebanon.


Terkini, Penjelasan terbaru dari Ketua Jurulatih Lubnan FA, Miodrag Radulović mengatakan sebab Ghaddar disingkirkan dari Skuad Kebangsaan Lubnan menentang Malaysia kerana Ghaddar sendiri tidak mahu bermain untuk skuad kebangsaannya. Merujuk dari Twitter wartawan rancangan FourFourTwo, Vijhay Vick




"Ghaddar tidak mahu bermain untuk Lubnan apabila dipanggil. Pemain minta untuk dikecualikan. Apabila pemain tidak mahu bermain, ianya sudah berakhir"

“Segala soalan mengenai Ghaddar tidak penting. Beliau sendiri memilih untuk tidak mahu mewakili negaranya. Adakah beliau akan kembali ke skuad kebangsaan? Itu soalan tak penting.”- Jurulatih Lubnan FA

Ketika wartawan Malaysia mengasak Miodrag Radulović, ketua jurulatih skuad kebangsaan Lubnan dalam sidang media pra-perlawanan petang tadi, beliau jelas mahu perhatian terarah kepada pemain-pemain yang beliau ada. Bukannya Ghaddar kerana tidak penting.


Tersebar berita mengatakan karier ghaddar sudah berakhir kerana menolak panggilan ke skuad kebangsaan, namun bagi pendapat admin FALebanon mengatakan karier pemain itu masih belum tamat dan isu rebut kapten antara isu punca utama perkara ini berlaku.