RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 13 Jun 2017

Khalid Ali Minta Penyokong Harimau Malaya Jangan Terlalu Menaruh Harapan

PETALING JAYA: Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan skuad negara bakal menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air malam ini.

Selepas beberapa bulan tanpa sebarang perlawanan besar, skuad Harimau Malaya kini tampil dengan serba baharu, termasuk sentuhan ketua jurulatih Nelo Vingada.

Di bawah pengurusan baharu dan jurulatih baharu, pastinya perlawanan menentang Lebanon Selasa malam menjadi pengukur awal kepada prestasi skuad negara.

Bekas pemain negara era-1970 dan 1980-an, Khalid Ali mengakui lembaran baharu buat skuad bola sepak tanah air.

"Semua orang terutamanya yang meminati bola sepak Malaysia teruja pada aksi malam ini. Begitu juga saya yang berharap perlawanan ini akan memberi perbezaan daripada permainan sebelum ini.

"Dengan kehadiran jurulatih baharu, 'kepulangan' empat tonggak utama (Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan) ke skuad kebangsaan pastinya menambahkan lagi semangat untuk menonton bola.

"Tetapi saya berharap, peminat-peminat tidak terlalu menaruh harapan untuk melihat pasukan kita menang kerana bagi saya sesuatu peralihan pengurusan memerlukan masa untuk melihat hasilnya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jelas Khalid, dia berharap penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya dapat menerima apa sahaja keputusan yang berlaku malam ini.

"Kalau tewas, ia bukanlah bermaksud skuad kita lemah kerana apa yang penting bagi saya adalah peningkatan dari segi permainan.

"Dan sekiranya kita menang, ia adalah satu bonus buat pasukan Malaysia.

"Saya berharap pemain-pemain dapat beraksi dengan baik. Tunjukan kebangkitan kita," ujarnya.

Malaysia bakal berdepan dengan Lebanon pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Larkin, Selasa malam.

Manakala dalam misi menambah mata selepas menang 2-0 pada aksi pembukaan bertemu Hong Kong sebelum ini.

Kumpulan B - Malaysia, Lebanon, Korea Utara dan Hong Kong.

Sumber : MSTAR