RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 13 Jun 2017

Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara

Amirul tekad pulihkan ranking skuad negara

Tonggak Harimau Malaya, Amirulhadi Zainal, sedia memainkan peranan penting sebagai pemain tengah bertahan untuk menangkis asakan Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Skuad negara bakal berdepan kesukaran dalam aksi pertama kelayakan apabila berdepan Lubnan yang berada di ranking lebih baik, bagaimanapun hanya pendekatan taktikal terbaik mampu menjadi senjata utama memerangkap lawan.

Perkara itu tidak dinafikan Amirul apabila mengakui dirinya juga perlu berfungsi baik untuk membantu pasukan mencapai keputusan positif.

"Bagi diri saya, kalau ditugaskan sebagai pemain tengah bertahan, sudah tentu saya tidak mahu gawang dibolosi sebab ini pun untuk meningkatkan ranking pasukan negara," katanya.

Amirul adalah antara 10 pemain yang kembali menyarung jersi Harimau Malaya.

Dijangka bergandingan dengan kapten, Safiq Rahim, dan Baddrol Bakhtiar dia optimis penampilannya di pentas Piala AFC mampu membantunya untuk kekal konsisten di peringkat antarabangsa.

"Seperti kita tahu, kalau bermain di peringkat antarabangsa, permainannya menjadi lebih pantas. Bagi saya, yang pernah bermain dalam Piala AFC, mungkin tiada masalah untuk bermain di peringkat antarabangsa. Ccuma sekarang kita ikut arahan daripada jurulatih," tambahnya.

Aksi kelayakan Piala Asia peringkat Kumpulan B, Harimau Malaya menentang Lubnan boleh saksikannya secara langsung menerusi saluran 802HD & 801, pada jam 9 malam nanti.


Sumber : STADIUM ASTRO