RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 20 Jun 2017

Keputusan FMLLP Tambah Bebanan Kewangan KAFA


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (kanan) menyampaikan cek gaji pemain diwakili Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah (dua dari kiri) sebelum majlis berbuka puasa di rumahnya di Bukit Marak. - Foto Faris Zainuldin 

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keputusan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menolak rayuan pendaftaran Seydi L Imam, tambah membebankan lagi kewangan badan induk itu. 

Menurutnya, pemain kelahiran Perancis itu sudah menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan dan pada masa sama badan induk itu turut menanggung kontrak pemain import kelahiran Brazil, Alessandro Celin. 

"Keputusan FMLLP itu ibarat memaksa pasukan untuk mengekalkan Celin manakala Imam yang sudah kita tandatangani kontrak tidak dapat bermain dan situasi itu menambahkan bebanan kewangan KAFA. 

"Jadi, keputusan dibuat FMLLP yang dikatakan mahu membantu itu sebenarnya memberi kesan kepada KAFA," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pembayaran Gaji Pemain di kediamannya, di Bukit Marak, di sini. 

Turut hadir Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor. Pada majlis itu, Annuar yang juga penaja pasukan The Red Warriors (TRW) menerusi Konsortium Al Hamra menyampaikan tunggakan gaji yang bernilai keseluruhan RM1.5 juta kepada pemain dan pegawai. 

Jumlah itu sekali gus menyelesaikan tunggakan gaji pemain bagi bulan Mei, Jun dan Julai. 

Pembayaran ini juga membabitkan tiga pasukan mewakili Kelantan dalam Liga Malaysia (Liga M) iaitu TRW, The President Warriors (TPW) dan The Young Warriors (TYW) yang beraksi dalam Liga Piala Belia. Annuar bagaimanapun bersetuju dengan tindakan Afandi yang mahu berunding buat kali kedua dengan badan pentadbir bola sepak Liga M itu agar Imam dibenarkan untuk bermain. 

"Saya mahu FMLLP melihat semula perkara ini dan biar ia dilakukan secara rundingan baik, jika ada perkara yang tidak lengkap maklumkan kepada kami supaya dapat kami lengkapkan. 

"Kesianlah kalau Kelantan jatuh ke Liga Perdana kerana pasukan tetap akan menghadapi masalah jika beraksi di liga bawah, penaja pun susah nak masuk untuk taja sesebuah pasukan," katanya. 

Semalam, BH Sukan melaporkan rayuan pendaftaran Imam ditolak FMLLP kerana masih terikat dengan sekatan perpindahan pemain susulan gagal memenuhi kriteria yang diperlukan.

Sumber : BERITA HARIAN