RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 20 Jun 2017

[VIDEO] : Respon TSAM Mengenai Seydi Imam dan Anggap Kenyataan FMLLP Perkara 'Lucu"

Ketika majlis berbuka puasa bersama pegawai dan pemain Kelantan FA, Sidang Media dilakukan untuk menjelaskan situasi perpindahan Seydi Imam dan juga Tan Sri Annuar Musa mengatakan kenyataan FMLLP lucu

"Saya bersetuju KAFA supaya terus berunding mengikut saluran dan dan rayuan akan terus dibuat dengan mengemukakan apa lagi keperluan FMLLP mahu supaya mereka melihat kembali kepada keputusan mereka dan dimana kenyataan agak 'aneh' dikeluarkan" katanya Tan Sri Annuar Musa.


Komen TSAM menyifatkan kenyataan FMLLP 


"tindakan mengambil seydi imam tidak membawa apa-apa impak meringakan kewangan sudah tentu ia satu perkara lucu kerana pertama kita dah menandatangani kontrak dengan imam, Adakah FMLLP suruh kita bayar gaji Celin dan kita kena pikul juga imam yang sudah menandatangani."



"Agak melucukan apabila tindakan mengambil Seydi tidak membawa impak positif buat TRW.

"Sedangkan kita gaji Seydi lebih rendah daripada Celin dan ia amat meringankan beban penaja. Selain itu kita menamatkan kontrak Celin melalui pampasan yang minima,"

TSAM memberitahu sijil ITC seydi Imam sudah berada di Malaysia dan TSAM turut memberitahu dan menegaskan Seydi Imam bersedia menerima gaji lebih rendah daripada Alessandro Celin tujuan untuk dapat meringankan KAFA sekaligus menafikan kenyataan FMLLP yang menyifatkan tindakan mengambil seydi imam tidak membawa apa-apa impak meringankan kewangan.

Video Komen Penuh Tan Sri Annuar Musa ketika Sidang Media anda sendiri boleh lihat di bawah :




Kredit Video :TRWFC