RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 20 Jun 2017

JAWATANKUASA PENGADIL FAM SEBULAT SURAT MENANGGUHKAN PELAKSANAAN VAR


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan kepada tahun 2019. 

Berdasarkan perancangan sebelum ini, VAR akan digunakan pada perlawanan separuh akhir dan final Piala Malaysia musim ini sebelum secara rasmi dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2018. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh ketika mengumumkannya berkata penangguhan terpaksa diambil berikutan sistem itu masih dalam proses eksperimen. 

"Berdasarkan kepada laporan terperinci disediakan kepada semua ahli jawatankuasa pengadil FAM, kesimpulan yang perlu dibuat adalah projek ini memerlukan masa dan ia tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru di Liga M. 

"Untuk itu, Jawatankuasa Pengadil FAM sebulat suara mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) supaya menangguhkan terlebih dulu pelaksanaan VAR dalam saingan Liga M bagi musim 2018 berdasarkan kepada beberapa perkara utama yang belum meyakinkan jawatankuasa. 

"VAR masih lagi dalam proses eksperimen sejak dari awal tahun 2017 dan semua negara anggota masih dalam proses penyesuaian, di mana semua laporan berkaitan pelaksanaannya diserahkan kepada IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk diselaraskan penambahbaikannya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Bagaimanapun Subkhiddin berkata pengurus projek VAR bersama dengan ketua unit pengadil FAM akan tetap meneruskan kajian keberkesanan VAR. 

"Tumpuan khusus yang perlu diberikan perhatian adalah aspek pelaksanaannya pada kejohanan Piala Dunia di Russia pada 2018. 

"Sebarang aspek latihan dan seminar untuk pengadil dan pegawai penilai juga akan diterapkan dengan topik berkaitan VAR, bertujuan agar setiap daripada mereka akan bersedia sekiranya VAR berjaya dimuktamadkan oleh IFAB dan FIFA nanti," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/294981