RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 15 Mei 2017

TAWARAN WIN-WIN, DIMANA KELANTAN AKAN DAPAT SELESAI BEBERAPA ISU KEWANGAN


'WIN-WIN SITUATION'

Kami di pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menghantar surat tawaran rasmi kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar dari awal lagi.
Tawaran ini masih dalam rundingan dan akan menjadi satu 'win-win situation' kepada semua pihak yang terlibat dan sekaligus bakal menjadikan ianya perpindahan tertinggi di Malaysia dalam sejarah bola sepak tanah air.

Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru. JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan.
Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim