RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 18 Mei 2017

Video : Dialog Menarik Sidang Media Tan Sri Annuar Musa & Bako, Cadangan Bukan Dari Ghaddar


Tan Sri Annuar Musa mengucapkan maju berjaya buat Bako semoga berjaya mencipta nama sebagai pemain bola berjaya seperti Dickson Nwakaeme, Amutu Iwuji dan Ghaddar yang mampu mencuri hati penyokong Kelantan FA.

Soalan Reporter paling menarik mencuri tumpuan ialah

Wartawan : "Tan Sri, Perpindahan Abu Bakr adakah cadangan dari Mohammed Ghaddar sendiri?"

TSAM : "Macam biasa kita buat, saya ada kawan merata-rata tempat, ada cadangan dan ia tiada kena mengena dengan Ghaddar, ini saya dan Muhammad (ejen) berbincang, Muhammad (ejen) adalah orang mula-mula dulu yang bawa Ghaddar, jadi saya berbincang sebagai kawan tapi saya memang terus check dengan Ghaddar tanya pendapat dia walaupun bukan cadangan dia tapi cadangan kami tapi saya memang cross check yang dia punya kawan bermain satu pasukan kebangsaan"

Wartawan : "Dari Segi Sijil Perpindahan macam mana?"

TSAM : "itu semua akan diuruskan mulai hari ini bila semua kertas kerja dah selesai, boleh selesai dalam 3 hari"

Wartawan : "Adakah ia satu gamble ambil pemain tak ada trial?"

TSAM : "Life is about gamble, Di Kelantan ramai masih tak faham, pemain kebangsaan dan pemain star dalam kelab ia tidak akan hantar untuk trial, trial untuk pemain tiada kelab tercari-cari nak main"

Muhammad (ejen) : "Pemain ini kita bawa malaysia ini adalah pemain buruan kelab qatar,  dan ia tidak senang utk ke malaysia hari ini, Jadi kita bertuah pemain ini datang ke sini dan dia mahu ke kelantan sebab Kelantan mampu membuat pemain lebih menyerlah seperti Ghaddar buat, Ghaddar sebagai kawan baik suruh "Datang mari sini, orang akan menyukai anda, anda akan mempunyai masa depan cerah dalam 1-2 tahun di Kelantan" dan sekarang semua orang Lebanon tahu tentang Kelantan, Di Lebanon media, semua tahu Kelantan, Kelantan sekarang nama besar"

Wartawan :"Status Celin"

TSAM : "Yang Celin, itu saya tiada komen dan kita akan tunggu perkembangan selanjutnya selepas ini"

Muhamamd (ejen) :"Dia membuat keputusan untuk menyertai Kelantan kerana Ghaddar bercerita terlalu banyak tentang Pasukan ini... (video habis)"

Anda sendiri boleh saksikan video di bawah



Video : TRWFC

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing