Penaja utama The Red Warriors (TRW) Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut mengikat kontrak selama satu setengah tahun bersama Kelantan.

Bako memegang scarf Kelantan GKG

“Sekiranya urusan perpindahan ini berjalan lancar, Bako akan membuat penampilan pertama pada pertemuan Liga Super dengan Pulau Pinang pada 24 Mei ini.

“Bako adalah pemain terbaik Liga Lebanon dan merupakan penjaring terbanyak.

“ Kita percaya kehadiran pemain ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

Sumber : UTUSAN MALAYSIA.