Manchester United
Bintang Itali itu merupakan mesin peledak gol dalam Serie A musim ini dan itu membuatkan United tertarik untuk membawa­nya ke Liga Perdana Inggeris.
Red Devils memerlukan pe­nyerang kelas dunia pada musim panas ini bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovic yang bakal tamat kontrak hujung musim ini.
Belotti antara calon ideal untuk dibawa ke Old Trafford dan United berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.
Mengulas me­ngenai perpindahan tersebut, Carlo berkata, dia memiliki perjanjian bersama Belotti untuk membenarkan pemain itu berhijrah ke kelab bukan Itali sekiranya pasukan tersebut sanggup mengeluarkan belanja 85 juta pound.
“Saya ada perjanjian dengan Belotti. Jika ada kelab bukan Itali menawarkan 85 juta pound (RM478.67 juta), saya akan melepaskannya.
“Bagaimanapun, dia perlu bersetuju dengan tawaran itu, jadi semua bergantung kepada Belotti,” katanya. – AGENSI