RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 8 Mei 2017

Mat Yo menjadi wira FELDA United menewaskan Harimau Kumbang


BATU KAWAN: Norshahrul Idlan Talaha menjadi wira skuad The Fighter apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit perlawanan ketika menewaskan Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super di Stadium Batu Kawan, di sini, malam tadi. 

Aksi malam tadi dimulakan lewat hampir sejam akibat masalah hujan lebat namun keadaan padang basah dilihat tidak menjadi penghalang kepada skuad Zainal Abidin Hassan untuk melancarkan gerakan memburu gol awal di laman sendiri. 

Beberapa gerakan merbahaya pemain Harimau Kumbang gagal menemui sasaran termasuk percubaan oleh Mohd Faiz Subri yang membuat sepakan kencang tepat ke gawang pada minit ke-6 tetapi ditepis penjaga gol FELDA. 

Sebaliknya FELDA United berjaya meraih gol pembukaan 10 minit selepas itu hasil gerakan solo penyerang import Zah Rahan yang melepaskan rembatan kencang dan gagal ditangkap kemas oleh Syed Adney. 

Bola muntah itu kemudian disambar Lucas Cano untuk menjaringkan gol pertama pasukan pelawat pada minit ke-16. 

Aksi di babak kedua menyaksikan skuad Harimau Kumbang berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Nigel Dabinyaba pada minit ke-54. 

Namun, Norshahrul atau Mat Yo menghancurkan harapan Pulau Pinang untuk berkongsi satu mata apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88.

Sumber : Berita Harian