RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 13 Mei 2017

Rapid Nyassi & Tony Mwejji Bakal Beraksi Kali Pertama, Sedikit Info Tentang Tony!


Mungkin anda tertanya-tanya siapa pula pemain nama Tony Mwejji, beliau merupakan calon pemain import trial terbaru TRW yang baru sahaja diumunkan melalui facebook rasmi Tan Sri Annuar Musa

Sanna Nyassi, Alessandro Celin dan Tony Mwejji bakal membuat perhitungan dalam aksi Charity Match 13 Mei menentang PKNS di Stadium Shah Alam pada pukul 9 malam. Match ini juga memberi peluang kepada Kelantan FA dan barisan jurulatih untuk menilai dan memilih pemain salah seorang diantara mereka bertiga, pemain manakah bakal menjadi pemain import Kelantan FA

Sedikit Pengenalan Pemain Kelahiran UGANDA!

Tony Mawejje Jr pemain berusia 26 tahun dan bermain di posisi Midfielder beperanan sebagai playmaker dan bukan pencetak gol seperti Ghaddar GOL MACHINEGUN dan data rekod gol bersama kelab agak kurang jelas kerana pemain ini beraksi di dalam pasukan liga tak terkemuka dan kurang mendapat perhatian. Manakala rekod gol bersama skuad kebangsaan 8 Gol dalam 65 perlawanan.

Merujuk Wikipedia, Apa yang menarik perhatian kami adalah pemain ini menyertai pasukan Liga Divisyen Pertama Norway (Liga mempunyai kelayakan ke UCL), Haugesund pada tahun 2014 tapi sayangnya hanya mampu beraksi 3 perlawanan sahaja dan dipinjamkan ke kelab Valur(Team gergasi dalam Liga Iceland) merupakan pasukan dari Liga Divisyen Pertama Iceland(Juga Liga mempunyai kelayakan ke UCL).

Pada Tahun 2015, Beliau berhijrah ke kelab Þróttur bersama sehingga 2016, Þróttur merupakan pasukan dari Liga Divisyen Kedua Iceland namun pasukannya berjaya menduduki no.2 dalam carta Liga 2015 sekaligus kembali beraksi dalam Liga Divisyen Pertama Iceland 2016 berjumpa bekas kelabnya Valur (Liga mempunyai kelayakan ke UCL) tetapi malangnya pasukannya Þróttur  tidak beraksi agak cemerlang dalam Liga Divisyen pertama apabila menduduki carta tercorot sekaligus kembali jatuh ke Liga Divisyen Kedua Iceland.





Pemain ini kelahiran Negara Uganda dan juga mewakili pasukan kebangsaan Uganda yang turut melibatkan diri pasukan kelayakan 2017 Africa Cup of Nations dan beliau berjaya menjaringkan gol penting menentang pasukan Comoros sekaligus dapat 3 mata dalam aksi kelayakan tersebut.


Sumber : Kelantan F.A Football Team