RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 13 Mei 2017

KAFA Mendedahkan Harga Ghaddar Bagi Pasukan Yang Berminat

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meletakkan harga sekurang-kurangnya RM2 juta kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata jika jumlah yang ditawarkan mencapai nilai yang ditetapkan atau pun keadaan memaksa, The Red Warriors (TRW) terpaksa melepaskan khidmat Ghaddar. 

"Ketika ini, Ghaddar masih pemain Kelantan. Bukan mudah untuk kita lepaskan dia kerana kita juga perlu memikirkan kos yang kita sudah belanjakan untuk mendapatkannya. 

"Kita letakkan nilai sekurang-kurangnya RM2 juta untuk Ghaddar. 

"Jika jumlah itu dapat dipenuhi, kita sedia lepaskan," katanya. 

Ghaddar petang tadi mengesahkan akan meninggalkan Kelantan pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka mulai esok hingga 11 Jun ini namun merahsiakan pasukan yang bakal disertainya.

Sumber : Berita Harian