RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 19 Mei 2017

Johor Darul Takzim Tegas Menafikan Khabar Angin Mahu Brendan Gan

JANGAN GUNAKAN NAMA JDT UNTUK PUBLISITI DAN MENAIKKAN NILAI DALAM RUNDINGAN BERSAMA KELAB-KELAB LAIN

Brendan Gan baru-baru ini membuat kenyataan bahawa beliau akan kembali ke pasukan Kelantan walaupun dia telah menerima tawaran daripada JDT dan ia sama sekali tidak betul.

Walaupun kami faham ramai pemain mahu datang ke JDT dan kelebihan apabila mereka melibatkan kami adalah dapat menaikkan lagi nilai mereka dalam rundingan bersama kelab-kelab lain namun Brendan tidak termasuk dalam perancangan kami.

Ini disebabkan kami sudah memiliki pemain seperti Safiq Rahim, Hariss Harun, Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan pemain dari Sepanyol di bahagian tengah termasuklah Amirulhadi, Shakir Shaari dan Gary Steven Robbat.

Jadi, beliau memang tiada tempat di dalam pasukan JDT. Jadi saya nasihatkan berhenti daripada guna nama JDT untuk mencari publisiti.

Pada tahun 2014 Bojan Hodak yang mahukan Brendan tetapi DYAM Tunku Mahkota Johor tidak bersetuju dan sehingga hari ini beliau memang tiada dalam perancangan kami.

Tiga tahun telah berlalu dan saya boleh mengesahkan bahawa kenyataan yang mengatakan JDT berminat untuk mengambil Brendan Gan adalah tidak benar sama sekali.

Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim