RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 12 Mei 2017

Ghaddar Semakin Hampir Meninggalkan Kelantan FA


Mohammed Ghaddar Pemain kelahiran Lubnan mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga akhir musim ini semakin hampir meninggalkan pasukan Kelantan FA apabila dikaitkan dengan pasukan JDT selepas TMJ berkata "orang suruh jual Ghaddar, dia tak nak". 

Jumaat Tengah Hari tadi merujuk Berita HarianSetiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor mengatakan Ghaddar hampir pasti menyertai JDT kemudian beliau melakukan rundingan susulan agar Ghaddar dan rakan sepasukan tidak berhijrah ke pasukan negeri lain.

Namun ketika latihan petang tadi untuk persediaan Kelantan menentang PKNS esok, Dikhabarkan pemain kelahiran lubnan tidak muncul dalam sesi latihan dan sekaligus menguatkan lagi khabar angin pemain ini bakal mengangkat kaki dari pasukan Kelantan FA.

Khabar seterusnya mengikut sumber Kelab Scoreboard SSMIV, Rundingan kedua-dua belah pasukan telah bersetuju perpindahan Mohammed Ghaddar ke pasukan dikaitkan iaitu Johor Darul Takzim FC. Bagaimanapun ia masih TERTAKLUK kepada beberapa SYARAT tambahan yang masih dalam penelitian

Pengesahan perpindahan Ghaddar sama ada jadi kenyataan atau tidak, kita menantikan pengumuman rasmi dari Tan Sri Annuar Musa. Jika perpindahan ini sudah sah dan selesai, harap pihak KAFA jangan lupa letak syarat perjanjian gentlemen iaitu jangan menurunkan Ghaddar apabila bertemu Kelantan FA.

Sumber Rujukan : Kelab Scoreboard SSMIV