RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 12 Mei 2017

Dollah Pening Alves Beritahu dia Cedera

Related image
KUANTAN: Faktor kecederaan beberapa pemain ternyata memberi kesan dari segi percaturan ketika skuad Pahang bersiap untuk bertemu Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok. 

Lebih membimbangkan pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh adalah penyerang utama mereka, Matheus Alves yang mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam sekali gus memberikan bayangan kemungkinan tidak dapat beraksi. 

Namun, Dollah berkata pemain import kelahiran Brazil itu diharap pulih sepenuhnya untuk mengimbangi dan memperkasakan jentera serangan skuad Tok Gajah memandangkan tuan rumah pasti mahu melakar kemenangan. 

"Alves memaklumkan dia mengalami kecederaan dan peluang untuk beraksi adalah 50-50. Tapi, kami akan memantau perkembangan Alves kerana khidmatnya tetap ditagih untuk merobek gawang tuan rumah. 

"Namun, kehadiran Mohamadou Sumareh yang kembali bersama pasukan selepas digantung perlawanan pada aksi separuh akhir pertama diharap memperkasakan jentera serangan Tok Gajah. 

"Dia juga tidak sabar membantu pasukan melangkah ke final kerana kehadirannya dalam skuad ini memberikan suntikan semangat kepada rakan lain untuk memperkemaskan pasukan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. 

Dollah berkata, kehadiran skuad Tok Gajah ke tempat lawan juga bukan untuk mengamalkan aksi bertahan sebaliknya corak permainan lebih kemas terutama serangan akan dilakukan. 

Katanya, semua pemain sudah bersedia untuk menafikan peluang Negeri Sembilan biarpun tuan rumah akan melakukan segala-galanya bagi menempah tiket ke final. 

"Misi kita ke Paroi bukan mengamalkan corak permainan bertahan dan pemain diturunkan akan memberikan komitmen dan disiplin tinggi untuk membawa Pahang ke pentas final.

"Mereka (pemain) akan bertahan dan menyerang sebagai satu kumpulan selain tidak memberi ruang kepada Negeri Sembilan kerana saya percaya lawan pasti berhabis-habisan mempamerkan aksi terbaik di tempat sendiri," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN