RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 9 Mei 2017

Beret Ungu Seri Paduka


SULTAN Muhammad V melihat senjata yang digunakan Paskal ketika melawat KD Lekiu di Pangkalan TLDM Lumut.

BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima Beret Ungu Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Lencana Trimedia sempena kunjungan dua hari ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, bermula semalam.
Pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Kapal Diraja (KD) Lekiu, Beret Ungu yang juga Beret Kehormat Paskal dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamad Noor manakala sijil beret oleh Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menerima pemakaian Lencana Trimedia oleh Panglima Khas Laut Paskal Datuk Jamalludin Mohd Seman.
Beret Ungu Paskal adalah pakaian kepala yang juga lambang kemegahan, keberanian, ketabahan, ketaatsetiaan serta kerelaan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kedaulatan negara. - BERNAMA

Sumber : METRO