RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 7 Mei 2017

APA HAK FMLLP MEMOTONG MATA 4 PASUKAN? - Bekas Pemain Negara


APA HAK FMLLP? 
Bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni (gambar) menempelak keputusan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) memotong mata empat pasukan terbabit dengan masalah pembayaran gaji dengan menganggap tindakan itu sebagai ‘lebih sudu dari kuah’.

Malah, beliau menegaskan FMLLP tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan sedemikian kerana mereka hanya syarikat diamanahkan untuk mengendalikan Liga Malaysia, bukannya badan pentadbir bola sepak negara.

Sebaliknya Bakri berkata, sebarang bentuk hukuman sepatutnya diputuskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Pertandingan sebagaimana diamalkan selama ini.

“Saya tidak faham bagaimana FMLLP diberi kuasa sebegitu besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman ke atas pasukan sedangkan mereka hanya sebuah syarikat yang diberi tugas mengendalikan liga.

“Nampaknya mereka sudah berlagak ‘lebih sudu dari kuah’ dengan mendahului kuasa yang sepatutnya dipegang FAM.

Credit: Harian Metro