RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 16 Mei 2017

Abu Bakr Al Mal Pemain Top Skor Lubnan Dikatakan Sudah Sah ke Kelantan FA!



Abu Bakr Al Mal pemain kelahiran Lubnan dikatakan kali pertama pemain ini berhijrah ke kelab luar dari negara beliau Lubnan.

Pemain ini berperanan sebagai AMF/ Wing Forward/ Backup Striker, kepakaran pemain ini antaranya sepakan freekick padu melalu kaki kiri beliau dan juga masih mampu mencetak banyak gol walaupun bukan pemain striker tulen seperti Ghaddar.

Sebelum ini, Pemain ini pernah bermain kelab Tripoli SC mengakhiri menduduki no.9 dalam Liga Perdana Lubnan, Dikalangan penyokong lubnan, rata-rata memanggilnya sebagai Messi Lubnan.

Antara paling mencari tumpuan tentang pemain ini adalah pemain ini meraih Top Skor dalam Liga Perdana Lubnan (Divisyen Pertama) dengan menjaringkan sebanyak 16 Gol dalam 20 Perlawanan.

Tengok gambar dibawah Top Skor Liga Perdana Lubnan 2016/2017 (wikipedia)


Merujuk aljadeed.tv terletak di Beirut antara salah satu TV paling terkenal dan paling ramai ditonton di Negara Arab Lubnan mengatakan Pemain Kebangsaan Abu Bakr Al Mal sudah selesai membuat perjanjian dengan kelab Malaysia iaitu Kelantan FA.


Admin juga meminta bantuan daripada admin twitter Lebanon FA untuk translate dan kepastian berita lubnan iaitu aljadeed.tv tentang perpindahan pemain lubnan ini ke kelantan.

sumber berita lubnan, anda boleh baca untuk sumber asli : http://aljadeed.tv/arabic/sports/soccer/1605201717


Inilah Kata-kata Pemain kelahiran Lubnan ini,


"Ini merupakan pengalaman kali pertama bermain di Liga Malaysia selepas selesai membuat perjanjian dengan Kelantan dan ianya bukan misi yang mudah kerana ada tanggungjawab yang besar untuk bermain liga Malaysia yang sukar. 

"Ia merupakan Impian setiap pemain Lubnan adalah untuk jadi pemain professional dan saya telah berusaha bekerja keras untuk berada disini.

"Saya bekerja keras untuk membuktikan diri dalam pasukan kebangsaan dan Liga Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukan dan peminat beliau dan kakitangan untuk sokongan"

- Abu Bakr Al Mal, Pemain Import Baru Kelantan Pengganti Ghaddar22
  1. Replying to   and 
    ElMal: "It's not gonna be an easy mission because the Malaysian league is hard. It's a dream to play pro and I've worked hard to be here".
Image may contain: text

Pemain ini juga pernah dikaitkan ke Sarawak FA namun sudah U-Turn menuju ke apabila menerima tawaran Kelantan FA selepas Ghaddar dibebaskan ke JDT. 

Artikel Terkini -> Abu Bakr Al Mal Mengumunkan Di Instagram Kelantan Pasukan Barunya!

Saksikan video gol pemain meraih top skor liga lubnan 2016/17