RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 16 Mei 2017

Angah Terkilan Penyokong Mulai Menjauhi Kelantan FA Kerana Ghaddar Pergi

ANGAH TERKILAN PENYOKONG MULAI MENJAUHI KELANTAN FA KERANA GHADDAR PERGI 

Norhafiz Zamani Misbah melalui status page facebook rasminya mengatakan sedikit terkilan dengan sikap penyokong Kelantan mula menjauhi dari kelantan hanya kerana seorang pemain import Kelantan pergi

Norhafiz turut mengatakan pemain Kelantan masih kekal setia dan tidak putus asa seperti beliau sendiri, Kapten Kelantan Badhri Radzi dan pemain lain-lain amat memerlukan sokongan dari penyokong terutama situasi sukar seperti ini untuk terus kukuh berjuang baki perlawanan Liga Malaysia 

Inilah Komen Norhafiz Zamani Misbah

"Disaat genting begini,apa yang kami(pemain dan pegawai)perlukan adalah sokongan kamu semua..

"Kalau kamu semua sudah mula menjauhkan dari kami hanya disebabkan apa yang berlaku akhir akhir ini,tidak adillah bagi kami yang masih kekal disini..

"Tapi terpulanglah pada semua..Kami tetap akan teruskan tugas kami seperti sediakala biarpon TRW ditimpa pelbagai dugaan..

"Kami adalah kami..Biar digoncang badai,kami tidak akan menyerah kerana kami TIDAK LEMAH!"
-Angah2-