RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 April 2017

TMJ mendedahkan individu yang memilih Tan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih Kebangsaan



Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh laman sosial tidak rasmi yang gemar melaga-lagakan penyokong pula seperti berita mengenai jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe. 

Untuk makluman semua, selepas saya melantik Mario Gomez sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan, saya telah berikan kebebasan kepada beliau untuk memilih sesiapa sahaja yang beliau mahu bekerja bersama tetapi dengan syarat iaitu penolong jurulatih beliau mestilah jurulatih tempatan. 

Dan Mario sendiri menyatakan bahawa beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe oleh kerana dalam ramai-ramai jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik baginya. Tetapi ia terpulang kepada Tan Cheng Hoe untuk menerimanya atau tidak. 

Selain Tan Cheng Hoe, Mario juga memilih Raul Longhi, sekarang ini adalah penolong jurulatih JDT, jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, jurulatih kecergasan dari luar negara (Itali atau Argentina) dan koordinator pasukan kebangsaan daripada AFC. 

Jadi, ini bukanlah satu perancangan untuk menjatuhkan mana-mana pihak seperti mana yang telah diwar-warkan oleh laman tidak rasmi yang sehingga hari ini belum pernah berdepan dengan saya. 

Saya berharap penyokong pandai menilai sendiri siapa dan pihak yang mana yang selalu mewar-warkan isu kecil daripada pihak yang memainkan peranan dan memberi sumbangan serta berkongsi pendapat, berdepan untuk bersama membantu merubah landskap bola sepak tempatan. Bukan hanya tahu melaga-lagakan penyokong sahaja. 

Sumber : JOHOR SOUTHERN TIGERS