RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 30 Mac 2017

Terkejut dengan pemecatannya melalui media, Ini komen Bernhardt


Bernhardt akur disingkir
Bekas pengendali skuad Bawah 22 tahun (B22) negara, Frank Bernhardt menjelaskan dia hanya mengetahui 'pemecatannya' melalui media.
Kata pengendali kelahiran Jerman itu, dia juga masih belum menerima apa-apa makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak (FAM) berhubung penggugurannya selaku jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017 itu.
"Saya hanya tahu mengenai pengumuman ini daripada media kerana ketika itu saya sedang mengendalikan skuad dalam saingan Kejohanan Bawah 23 tahun (B23) Piala Dubai.
"Apa yang boleh saya buat? Saya perlu terima kerana ini kehendak pengurusan yang mahukan perubahan.
"Apapun, saya akan berjumpa dengan FAM untuk mengetahui status sebenar saya. Buat masa ini, tiada apa yang boleh saya ulas," katanya

Sumber : Malaysia FAM Cup