RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 22 Februari 2017

Tunggakan gaji sudah selesai


KOTA BHARU: Selepas isu tunggakan gaji pemain didedahkan media, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), akhirnya melangsaikan gaji tertunggak Januari dan Februari kepada pemain dan pegawai pasukan semalam. 

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata pembayaran itu dilakukan selepas pihaknya menerima wang daripada penaja. 

DATUK Ismail Md Noor. - Foto Faris Zainuldin Bagaimanapun, Ismail enggan memaklumkan jumlah bayaran yang diselesaikan sebaliknya hanya memberitahu ia membabitkan ratusan ribu ringgit. 

"Alhamdulillah semalam kita sudah menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan iaitu Januari dan Februari. 

Justeru kita berharap peminat berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung isu gaji membabitkan pemain dan pegawai pasukan," katanya ketika dihubungi. 

Pada masa sama, Ismail menolak dakwaan bahawa punca kekalahan kali kedua berturut-turut pasukan itu adalah kerana kelewatan pembayaran gaji pemain. 

"Kekalahan TRW di laman sendiri tiada kaitan dengan tunggakan gaji, nasib tidak menyebelahi kita walaupun menguasai perlawanan," katanya. 

BH Sukan sebelum ini melaporkan pemain merayu supaya KAFA menyelesaikan segera tunggakan gaji mereka dengan bayaran minimum sebulan, bagi menyuntik semangat untuk mengharungi kempen saingan Liga Super, musim ini. 

Sumber : BERITA HARIAN