RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

UniKL tak pernah taja TRW - Annuar


KUALA LUMPUR: Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan dakwaan yang mengatakan bahawa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), memberi tajaan kepada pasukan Kelantan adalah tidak benar.

 "UniKL sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul ia (UniKL menggunakan dana biasiswa/tajaan. 

Sebagai syarikat swasta, ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal 'branding', promosi, pemasaran dan lain-lain. 

"Dan mereka punya bajet khusus untuk itu. UniKL sudah lama terbabit dalam penjenamaan dan pemasaran sukan khususnya hoki dan bola sepak. Ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda," katanya menerusi entri terbaru di laman sosial facebook miliknya, sebentar tadi. 

Sebelum itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS), Zambri Mohd Isa meminta UniKL memberi penjelasan berhubung tajaan wang untuk pasukan bola sepak The Red Warriors (TRW). 

GPMS mendesak UniKL tampil memberi penjelasan kepada masyarakat terhadap dakwaan yang ditimbulkan pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa bahawa wang UniKL digunakan untuk menaja pasukan pantai timur itu. 

"GPMS amat memandang serius terhadap isu penggunaan wang UniKL untuk menaja pasukan bola sepak The Red Warriors dan GPMS berpendirian wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur serta pelajar UniKL walaupun pengeluaran wang itu mengikut tatacara dan prosedur yang sah dan betul mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan. 

Annuar menjelaskan, syarikat sendirian berhad MARA yang lain juga memiliki peruntukan, dasar dan prosedur tersendiri dan semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya. "Begitu juga dana biasiswa MARA kononnya dikurangkan, tidak benar dan dan jauh sama sekali dikurangkan kerana menaja bola," katanya. 

Jelas beliau, MARA tidak pernah menaja TRW walau satu sen dengan logo MARA 50 tahun dipamer di lengan jersi TRW 2016 diberikan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000 sebagai satu penghormatan kepada MARA daripada TRW.

SUMBER: BERITA HARIAN