RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

Kedah mengharungi 7 perlawanan pra musim tanpa kalah



ALOR SETAR: Skuad Kedah menamatkan tujuh perlawanan pra musim 2017 yang bermula sejak 13 Disember 2016 lalu dengan mencatat lima kemenangan dan dua keputusan seri yang membabitkan perlawanan di tempat sendiri dan Lembah Kelang. 

Pada perlawanan terakhir pada 11 Disember 2016, Kedah berjaya menewaskan Felcra FC 2-0 di Stadium Universiti Malaya hasil jaringan Syafiq Ahmad pada separuh masa pertama dan penyerang import baharunya, Ken Ilso Larsen di minit terakhir babak kedua perlawanan. 

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, mengakui menamatkan siri perlawanan Pra Musim 2017 tanpa kalah memberi perangsang untuk anak buahnya terus mempersiapkan diri bagi menghadapi musim Liga Malaysia yang akan bermula pada 20 Januari 2017 ini. 

Kedah menang ke atas Perbadanan Negeri Perak FC (PKNP FC ) dengan 2-1, diikuti dua kali membenam Perlis 2-1 dan 4-1, menang ke atas PDRM 4-1, menang ke atas Felcra FC 2-0 serta dua keputusan seri ketika bertemu PKNS FC 0-0 dan Terengganu 1-1. 

"Secara keseluruhan, Kedah menghasilkan 15 gol dan bolos hanya lima gol dengan Fakri Saarani yang tidak beraksi bersama Kedah sejak Julai 2016 kerana dipinjamkan ke pasukan Felda United, menghasilkan lima gol sepanjang siri perlawanan pra musim 2017 ini. 

"Keputusan ini juga mampu membantu dalam pemilihan akhir pemain utama menjelang musim baharu ini. 

"Kurang dari dua minggu lagi Liga M akan bermula dan saya harap semua pemain sudah menghidupkan rentak dan menimba beberapa pengalaman dengan sebaiknya melalui tujuh perlawanan pra musim yang sudah dilalui ini. 

"Penyerang Ken Ilso pula dilihat semakin bagus dan menunjukkan keserasian dan persefahaman baik dengan semua rakan sepasukan sejak mula menyertai pasukan bulan lalu. 

"Keseluruhan perlawanan yang dilalui, semua pemain juga telah menunjukkan peningkatan dari segi fizikal dan stamina dan saya juga harap pemain dapat memulakan aksi Liga Malaysia musim baharu 2017 ini dengan lebih bersedia.

SUMBER : BERITA HARIAN