RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

TRW Tak `Pow’ Duit Tajaan Melalui Titah Perintah

annuar_musa_2406_01_620_413_100
KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan pasukan Kelantan tidak pernah `pow’ duit tajaan semata-mata mahu memastikan pasukan itu menjadi sebuah pasukan yang kuat.
Tegas beliau, pasukan kelantan tidak pernah menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan dan titah perintah untuk mendapatkan duit tajaan berbentuk `pow’ bagi digunakan pasukan The Red Warriors (TRW).
8a55c144-b20b-4d1c-99fc-83b98b315904

“Jangan samakan TRW dengan pasukan team lain. TRW ada cara kami sendiri. Kami tidak `pow’ duit tajaan. TRW mempunyai pakej komersial sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar yang kini penaja utama pasukan Kelantan berkata, selama ini pada jersi pasukan TRW terdapat sebanyak 10 hingga 15 `spot’ komersial yang nilainya bermula RM200,000 ke atas.
Bagaimanapun, katanya,. pakej yang ditawarkan itu itu bagaimanapun akan menjalani proses rundingan dengan pihak komersial terlebih dahulu bagi mendapatkan keadaan menang-menang.
“Apabila ada persetujuan kedua-dua pihak, satu kontrak tajaan di meterai. Itulah cara kami (TRW) yang miskin ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dalam kemiskinan TRW bersyukur kerana masih kekal sebagai milik rakyat dan tidak dijadikan milik peribadi.
Tegasnya, mana-mana pihak yang menaja TRW adalah menaja sebuah pasukan rakyat dan bukannya pasukan milik individu.
“Kita ikut cara kita. Kita tiada masa nak bincang hal pasukan lain kecuali kalau terpaksa nanti,” katanya. -MYNEWSHUB.CC