RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 14 Januari 2017

Tajaan: Annuar akan serah dokumen kepada menteri


TAN Sri Annuar Musa menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Kota Bharu, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar 

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa akan menyerahkan dokumen lengkap kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung isu pembelian pakej komersial pasukan The Red Warrior (TRW), untuk dikaji. 

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), bagaimanapun, akur dengan arahan menteri supaya menangguhkan sebarang bentuk tajaan tahun ini. 

Pada masa sama, Annuar sekali lagi menegaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan dua anak syarikat MARA tidak pernah menaja mana-mana pasukan bola sepak, sebaliknya apa yang dilakukan itu adalah membeli pakej komersial. 

"Kita akan menyerahkan segala dokumen kepada menteri untuk pertimbangan lanjut selain bagi membolehkan menteri mengkaji perkara itu terlebih dahulu. 

Buat masa ini, kita kena patuh kepada arahan menteri kerana ia sesuatu yang mandatori. 

"Sejak 2013 lagi, UniKL serta MARA hanya membeli pakej komersial TRW iaitu iklan pada jersi, papan LED pada setiap perlawanan, serta beberapa lagi barangan serta jenama pasukan TRW yang mana jika kita kira, sebenarnya tidak setimpal dengan pakej yang ditawarkan. 

"Bayangkan bajet Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah RM16 juta setiap tahun, manakala syarikat yang membeli pakej berkenaan hanya RM300,000, adakah ia boleh dipanggil sebagai penaja?" katanya pada sidang media di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Annuar berkata UniKL tidak hanya terbabit dalam pembelian pakej komersial TRW, malah UniKL melabur banyak daripada segi pengiklanan dalam industri sukan termasuk hoki. 

Akhbar hari ini melaporkan, Ismail Sabri mengarahkan MARA dan UniKL menangguh sebarang bentuk penajaan bagi 2017. Katanya, untuk UniKL hanya penajaan dalam bentuk pendidikan sahaja dibenarkan, manakala tajaan lain perlu ditangguh dan akan dilihat terlebih dahulu.

Sumber : Berita Harian