RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 7 Januari 2017

SERANGAN JDT TUMPUL SETELAH KEHILANGAN DIAZ


Pasti ramai sudah mengetahui bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan dua tonggak import mereka, iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero, yang dikhabarkan meminta gaji yang tinggi selain dibeli oleh pasukan lain. 

Tidak cukup dengan itu, JDT turut melepaskan dua penyerang otai tanah air, Safee Sali dan Amri Yahyah, yang masing-masing telah pun menandatangani kontrak dengan pesaing JDT dalam Liga Super – PKNS dan Melaka.

Mungkin kehilangan Amri dan Safee tidak begitu dirasai kerana mereka kurang beraksi dan menjaringkan gol berbanding dengan Diaz dan Lucero. 

Jumlah jaringan Amri dan Safee amat jauh jika dibandingkan dengan jumlah gol yang disumbangkan dua warga Argentina itu -- 34 gol dalam Liga Super hasil sentuhan Diaz dan Lucero bukanlah satu jumlah yang kecil.

Ada cakap-cakap di belakang yang mengatakan bahawa JDT akan bedepan kesukaran untuk mencari pengganti sehebat Diaz-Lucero. 

JDT perlu segera mencari keserasian bukan sahaja antara pemain import baru dengan pemain tempatan, tetapi juga sesama pemain tempatan kerana banyak muka baru seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Safawi Rasid, R. Gopinathan, Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Hazwan Bakri.

Dengan saingan liga semakin hampir membuka tirai, Mario Gomez tentunya berharap agar tonggak import baru, Brian Ferrera, tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Malaysia, selain cepat serasi dengan pemain-pemain lain di atas padang, terutama Safiq Rahim, yang akan terus menjadi nadi utama JDT untuk musim 2017.

Dikhabarkan akan ada lagi dua pemain import yang akan tiba sebelum bermulanya saingan liga.

Siapa dan dari mana ? Sama-sama kita nantikan.
 - ASTRO ARENA