RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 31 Januari 2017

Senyuman membawa seribu makna

KUALA LUMPUR: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuat naik rakaman video selama empat saat di laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang hanya menunjukkan beliau tersenyum lebar sambil mengangkat kening.

Bagi peminat bola sepak tempatan yang mengikuti laman berkenaan, dan kemelut antara Tunku Ismail dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pasti memahami maksud tersirat di sebalik rakaman berkenaan.

Ia dimuat naik beberapa jam selepas Annuar diminta bercuti sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta hari ini, berkaitan tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Malah pendedahan berkaitan penajaan itu juga dilakukan oleh Tunku Ismail di laman berkenaan, walaupun Annuar tampil menafikan sebarang salah laku dalam urusan penajaan itu.

Sebelum ini, Annuar turut memuat naik ikon ketawa sejurus selepas kekalahan JDT di tangan Kedah dalam perebutan Piala Sumbangsih 20 Januari lalu.


SUMBER : BERITA HARIAN